Alat bantuan pernafasan pelakon Anne Heche dihentikan


Pelakon Hollywood Anne Heche koma sejak 5 Ogos lalu selepas kereta dipandunya merempuh sebuah bangunan di Los Angeles. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2022.

ALAT bantuan pernafasan pelakon Hollywood Anne Heche dihentikan hari ini, selepas dua hari dia diisytiharkan mengalami kematian otak akibat kecederaan dalam kemalangan di Los Angeles, kata jurucakapnya.

Heche yang terkenal pada 1990-an terutama menerusi filem “Donnie Brasco” dan “Six Days, Seven Nights” selain hubungannya dengan Ellen DeGeneres, berada dalam keadaan koma sejak kemalangan pada 5 Ogos.

Dalam insiden itu, dia yang memandu kereta merempuh sebuah bangunan. Kemalangan itu menyebabkan bangunan rumah dua tingkat di Mar Vista, Los Angeles rosak teruk. Pasukan bomba bergelut lebih sejam untuk memadamkam kebakaran susulan kemalangan itu.

Dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak itu hinggalah semalam. Perbincangan tentang organnya yang akan didermakan sedang dijalankan.

“Anne Heche tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, dan proses itu dilakukan dalam keadaan baik dan tenang,” kata jurucakapnya Holly Baird.

Portal hiburan selebriti TMZ memetik sumber polis berkata Heche didapati positif kokain dan fentanyl, di mana pelakon itu sesekali mengambilnya untuk melegakan kesakitannya. – AFP, 16 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen