SEBANYAK 3,045 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 4,334 yang dilapor pada Sabtu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,735,547 kes sejak pandemik melanda.
Selangor paling tinggi catat angka harian semalam iaitu 1,061 kes, diikuti Kuala Lumpur (619) dan Sabah (259).
Semalam juga sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,085 orang, menurut data KKM.
Tiga kematian direkodkan di Kedah, manakala Johor dan Perak masing-masing satu kes.
Jumlah kes aktif semalam pula turun kepada 43,431 berbanding 44,617 pada Sabtu.
Seramai 1,567 pesakit Covid-19 dirawat di hospital semalam. Daripada jumlah itu, 72 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 46 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 14 Ogos, 2022.
Komen