5 maut, 16 cedera dalam letupan bom di Ecuador


Lapan rumah dan dua kereta musnah dalam kejadian letupan bom di Guayaquil di Ecuador pada Ahad. – Gambar AFP, 15 Ogos, 2022.

LIMA maut manakala 16 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador pada Ahad, kata pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri Patricio Carrillo berkata kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah terancang membabitkan kumpulan sindiket pengedaran dadah.

Lapan rumah dan dua kereta musnah dalam kejadian tersebut, menurut Sekretariat Pengurusan Risiko. 

Tiada butiran lanjut mengenai letupan itu buat masa ini.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rampasan dadah di Ecuador adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan Colombia, dengan 6.5% daripada jumlah kokain yang dirampas pada 2020 adalah di negara itu.

Aktiviti pengedaran dadah juga mencetus keganasan di Ecuador akibat persaingan sengit antara kumpulan sindiket. – AFP, 15 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen