SEORANG lelaki mati berhampiran bangunan Capitol selepas merempuh kereta dipandunya ke arah pengadang dan melepaskan tembakan ke udara sebelum menembak dirinya sendiri, kata polis.
Kenyataan daripada polis Capitol AS tidak mendedahkan identiti lelaki itu atau motifnya.
Polis berkata lelaki itu memandu keretanya ke arah pengadang kenderaan di Jalan East Capitol dan Second Street kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan.
“Ketika lelaki itu cuba keluar dari kereta itu, ia terbakar.
“Lelaki itu kemudian melepaskan beberapa tembakan ke udara.”
Ketika pegawai polis bertindak dan cuba mendekatinya, lelaki itu menembak diri sendiri, kata polis.
Tiada mangsa lain yang cedera dalam insiden itu.
Kongres pada masa itu sedang berehat dan polis berkata tindakan lelaki terbabit tidak menyasarkan anggota Kongres. – AFP, 15 Ogos, 2022.
Komen