Kebakaran hutan di Sepanyol makin mengganas


Kebakaran setakat ini memusnahkan 261,930 hektar kawasan di Sepanyol tahun ini, paling teruk berbanding negara lain di Eropah. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2022.

RATUSAN anggota bomba bergelut untuk memadamkan kebakaran di utara Sepanyol semalam yang turut menyebabkan ratusan penduduk dipindahkan, kata pihak berkuasa.

Api marak di wilayah Aragon di mana kira-kira 300 anggota bomba cuba mengawal kebakaran dengan bantuan dari helikopter.

Sekurang-kurangnya 1,500 penduduk sudah dipindahkan dari kawasan luar bandar itu termasuk taman negara di wilayah Zzaragoza.

Perkhidmatan kecemasan Aragon menganggarkan kawasan seluas ribuan hektar musnah akibat kebakaran.

Api pantas merebak susulan angina kuat menyebabkan keadaan sangat kritikal, kata ketua wilayah itu Javier Lamban.

Sepanyol berdepan 388 kebakaran hutan sejak awal tahun ini, bertambah teruk dengan suhu panas dan kemarau.

Kebakaran setakat ini memusnahkan 261,930 hektar kawasan di Sepanyol tahun ini, paling teruk berbanding negara lain di Eropah.

Kebakaran hutan melanda banyak negara Eropah pada masa ini termasuk Perancis, Greece dan Portugal. – AFP, 15 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen