Mesir berkabung, 41 maut kebakaran gereja


Ratusan orang ramai berhimpun untuk memberi penghormatan terakhir di dua gereja di Giza bagi mangsa kebakaran gereja Abu Sifin di Mesir. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2022.

MAJLIS pengebumian diadakan dia dua gereja di Kaherah petang semalam untuk 41 mangsa insiden kebakaran yang berlaku ketika upacara keagamaan berlangsung di gereja Kristian Coptic.

Dalam insiden itu, ada jemaah yang melompat keluar tingkap untuk menyelambatkan diri.

Kebakaran yang berpunca daripada masalah teknikal itu menyebabkan kebakaran di gereja Abu Sifin di kawasan Imbaba, daerah golongan kelas pekerja di barat Sungai Nile.

Ratusan orang ramai berhimpun untuk memberi penghormatan terakhir di dua gereja di Giza.

Pengusung keranda merentasi orang ramai yang bersedih dan cuba menyentuh keranda itu, termasuk yang membawa paderi gereja berkenaan, Abdel-Messih Bekhit.

Gereja Coptic Mesir dan kementerian kesihatan melaporkan 41 kematian dan 14 kecederan dalam kebakaran itu.

Saksi kejadian berkata orang ramai bergegas cuba menyelamatkan jemaah yang terperangkap tetapi asap terlalu tebal.

Coptic adalah masyarakat Kristian terbesar di Timur Tengah, membentuk sekurang-kurangnya 10 juta daripada 103 juta populasi Mesir yang majoriti beragama Islam. – AFP, 15 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen