RAJA pop yang berasal dari Israel, Zvika Pick meninggal dunia pada usia 72 tahun, hari ini.
Dilahirkan di Poland pada 1949, Pick berhijrah ke Israel bersama ibu bapanya pada usia muda.
Beliau memulakan kerjaya muziknya bersama syarikat produksi muzik Israel, “Hair” pada 1970-an, kemudian mencipta lagu pop tempatan termasuk “Mary Lou”, yang masih dikenali generasi Israel.
Artis berambut panjang itu mencipta muzik untuk lagu “Diva,” yang dipersembahkan penyanyi transgender Israel Dana International dan memenangi pertandingan lagu Eurovision pada 1998.
Pick juga merupakan bapa mertua kepada pengarah filem Amerika Syarikat, Quentin Tarantino yang berkahwin dengan anak perempuan yang juga penyanyi, Pick Daniella pada 2018.
“Zvika Pick meninggal dunia hari ini, tetapi lagu dan melodi yang ditinggalkannya akan terus dimainkan untuk beberapa tahun akan datang,” kata Perdana Menteri Israel Yair Lapid, selepas media tempatan melaporkan penyanyi itu ditemui meninggal dunia di rumahnya.
Menteri Sukan dan Kebudayaan Chili Tropper menggelar Pick sebagai “salah seorang artis terhebat Israel”, yang lagunya “memasuki setiap ruang tamu di Israel dan menyentuh ribuan hati peminat.” – AFP, 14 Ogos, 2022.
Komen