3 maut, 12 cedera ketika daki gunung berapi Ecuador


Gunung berapi Carihuairazo yang terletak 5,018 meter di wilayah Tungurahua, adalah puncak tertinggi di Ecuador. – Gambar EPA, 14 Ogos, 2022.

TIGA pendaki maut dan 12 lagi cedera selepas terjatuh ketika mendaki gunung berapi Carihuairazo di Ecuador, demikian menurut pasukan penyelamat, semalam.

“Seorang wanita berusia 47 tahun dan dua lelaki berusia 45 serta 50 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut perkhidmatan penyelamat ECU911 dalam satu kenyataan.

“Disebabkan keadaan cuaca dan waktu malam, mayat tidak dapat dipindahkan.”

Seramai 12 yang cedera, berumur antara 39 dan 58, dipindahkan ke hospital di bandar Riobamba dan Ambato.

Pendaki cuba untuk mendaki gunung berapi tengah Andes ketika mereka jatuh sejauh 60 meter.

Gunung berapi Carihuairazo yang terletak 5,018 meter di wilayah Tungurahua, berdekatan gunung berapi Chimborazo adalah puncak tertinggi di negara ini pada ketinggian lebih 6,200 meter.

Proses mengeluarkan mayat yang semuanya terdiri daripada warga Ecuador akan diteruskan hari ini. – AFP, 14 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen