BOMBA Perancis masih bergelut memadamkan kebakaran hutan yang melanda tenggara negara itu dengan pihak berkuasa memantau rapat api besar yang dapat dikawal di kawasan barat.
Perancis dilanda kemarau teruk pada musim panas ini yang menyebabkan bekalan air dicatu di seluruh negara, selain beberapa siri gelombang panas berlaku akibat perubahan iklim.
Semalam, api marak menyebabkan lebih 130 penduduk di Aveyron terpaksa dipindahkan, sementara kebakaran turut berlaku di Drome, selatan Lyon.
Dua kebakaran itu memusnahkan kawasan seluas lebih 1,200 hektar. – AFP, 14 Ogos, 2022.
Komen