SEBANYAK 4,334 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 3,943 yang dilapor pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.732 juta kes sejak pandemik melanda.
Selangor paling tinggi catat angka harian semalam iaitu 1,830 kes, diikuti Kuala Lumpur (829) dan Sabah (328).
__full.jpg)
Semalam juga sebanyak 10 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,080 orang, menurut data KKM.
Lima kematian semalam direkodkan di Johor, dua di Perak, manakala Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor masing-masing catat satu kes. Kes BID dilaporkan di Perak.
Jumlah kes aktif semalam pula turun kepada 44,617, dengan seramai 5,082 pesakit disahkan sembuh daripada jangkitan Covid-19.
Seramai 1,595 pesakit Covid-19 dirawat di hospital semalam. Daripada jumlah itu, 68 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 44 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 14 Ogos, 2022.
Komen