52 maut banjir di Sudan


Banjir di Sudan meragut sekurang-kurangnya 52 nyawa dan merosakkan serta memusnahkan ribuan rumah, lapor media tempatan. – Gambar EPA, 14 Ogos, 2022.

BANJIR berpunca daripada hujan lebat di Sudan meragut sekurang-kurangnya 52 nyawa dan merosakkan serta memusnahkan ribuan rumah, lapor media tempatan.

Hujan lebat di Sudan biasanya berlaku pada antara Mei dan Oktober, dan negara itu mengalami bencana banjir setiap tahun, memusnahkan hartanah, infrastruktur dan tanaman.

“Sejumlah 52 terbunuh dan 25 yang lain cedera akibat hujan lebat dan banjir sejak musim luruh bermula,” kata SUNA, memetik jurucakap Majlis Pertahanan Awam Negara Sudan Abdel Jalil Abdelreheem.

Abdelreheem berkata 5,345 rumah musnah dan 2,862 yang lain rosak di seluruh Sudan. Bangunan awam lain, kedai dan tanah pertanian turut musnah.

Negeri di utara dan selatan termasuk Kordofan, Sungai Nile dan Darfur Selatan antara yang paling teruk terjejas, katanya.

Dalam laporan pada Isnin, Pejabat PBB menganggarkan 38,000 penduduk di seluruh Sudai terjejas akibat hujan dan banjir sejak musim tengkujuh bermula.

Kira-kira 314,500 terjejas di seluruh Sudan pada musim hujan tahun lalu. – AFP, 14 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen