Gempa bumi sederhana landa selatan Sumba, Indonesia


Gempa pada jarak 355km selatan dari Bima, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 11km. – Gambar EPA, 13 Ogos, 2022.

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda selatan Sumba, Indonesia pada 8.18 pagi ini

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 355km selatan dari Bima, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 11km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 13 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen