GUINEA akan mendakwa bekas perdana menteri Ibrahima Kassory Fofana berhubung kes penyelewengan dana awam lebih AS$4 juta yang sepatutnya digunakan untuk program ekonomi, politik dan sosial, kata kementerian kehakiman.
Fofana juga disiasat kerana didakwa menyeleweng lebih AS$40 juta bantuan Covid.
“Saya mengarahkan prosiding awal terhadap Ibrahima Kassory Fofana kerana didakwa atas kesalahan penyelewengan, pengubahan wang haram dan rasuah,” kata Menteri Kehakiman Alphonse Charles Wright dalam satu surat kepada peguam negara.
Beliau berkata pendakwaan itu berkaitan dengan bayaran AS$4.7 juta dan AS$400,000 pada 2020.
Wright juga mengarakan pendakwaan sama dibuat terhadap bekas penasihat khas Fofana, Ansoumane Camara dan beberapa bekas pegawai di Agensi Ekonomi dan Sosial Negara, iaitu sebuah agensi kerajaan.
Fofana berkata sebagai perdana menteri di bawah pentadbiran bekas presiden Alpha Conde dari Mei 2018 hingga September 2021, ketika tentera menggulingkan kerajaan dipilih.
Bekas perdana menteri itu ditahan sejak April atas kesalahan kes penipuan.
Pada 15 Julai, pihak berkuasa mengumumkan mereka akan menyiasatnya bagi tuduhan penyelewengan. – AFP, 12 Ogos, 2022.
Komen