Pewaris Samsung terima pengampunan presiden


Jutawan Lee Jae-yong, yang disabitkan dengan rasuah dan penyelewengan pada Januari tahun lalu menerima pengampunan presiden Korea Selatan atas alasan ekonomi. – Gambar EPA, 12 Ogos, 2022.

PEWARIS dan ketua de facto kumpulan Samsung menerima pengampunan presiden pada Jumaat, contoh terbaru tradisi lama Korea Selatan membebaskan pemimpin perniagaan yang disabitkan rasuah atas alasan ekonomi.

Jutawan Lee Jae-yong, yang disabitkan dengan rasuah dan penyelewengan pada Januari tahun lalu, akan dikembalikan jawatan untuk memberinya peluang “menyumbang untuk mengatasi krisis ekonomi Korea Selatan”, kata Menteri Kehakiman Han Dong-hoon. – AFP, 12 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen