Ais di pergunungan Switzerland mencair


Lapisan ais yang tebal melitupi pergunungan Switzerland sejak berabad lalu akan mencair sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu ini. – Gambar EPA, 12 Ogos, 2022.

LAPISAN ais yang tebal melitupi pergunungan Switzerland sejak berabad lalu akan mencair sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kata sebuah resort luncur salji.

Susulan musim sejuk yang kering, gelombang panas musim panas melanda Eropah menjadi bencana untuk glasier Alpine, yang mula mencair pada kadar pantas.

Kawasan antara Scex Rouge dan Tsanfleuron memang beku sejak sekurang-kurangnya zaman Roman.

Tetapi kedua-dua glasier di situ mulai mencair dan batu di kawasan itu mulai muncul – dan ia akan cair sepenuhnya sebelum tamat musim panas.

“Laluan itu akan sepenuhnya cair dalam tempoh beberapa minggu,” kata resort Glacier 3000 dalam satu kenyataan.

Walaupun ukuran ais di situ kira-kira setebal 15 meter pada 2012, kawasan bawah tanahnya akan muncul sepenuhnya menjelang hujung September.

Kawasan berada pada ketinggian altitud 2,800 meter di lokasi utama Glacier 3000 dan menjadi petanda sempadan antara Vaud dan Wallis di barat Switzerland.

Peluncur ais akan meluncur dari puncak satu glasier ke glasier seterusnya. Tetapi kawasan itu kini mulai berbatu-batu dan ais salji menipis. – AFP, 12 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen