KKM lapor 4,831 jangkitan baharu Covid-19


Jangkitan baharu Covid-19 terbaharu menjadikan jumlah kes kumulatif sejak permulaan pandemik kepada 4,724,225. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2022.

MALAYSIA mencatatkan 4,831 jangkitan baharu Covid-19 semalam, sedikit penurunan daripada 4,896 kes yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes kumulatif sejak permulaan pandemik kepada 4,724,225.

Menurut laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 10 pesakit meninggal dunia akibat penyakit itu semalam, dengan dua diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital. 

Daripada 10 kematian itu, empat di Johor, dua di Melaka dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perak, Sarawak dan Selangor.

Melaka dan Negeri Sembilan menyumbang satu kes kematian di luar hospital.

Angka kematian negara kini berjumlah 36,066, dengan 7,667 melibatkan kematian di luar hospital.

Sementara itu, daripada jangkitan baharu, Selangor mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 1,673, diikuti Kuala Lumpur (1,012) dan Sabah (360).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Perak (356), Negeri Sembilan (316), Pulau Pinang (210), Melaka (155), Johor (144), Putrajaya (141), Kedah (124), Sarawak (115), Pahang (79), Kelantan (75), Terengganu (46), Labuan (19) dan Perlis (6).

Kes aktif meningkat kepada 46,081 semalam apabila 3,362 orang pulih daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, 44,404 (96.4%) berada dalam kuarantin di rumah, 33 (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, dan 1,584 (3.5%) di hospital.

Terdapat 60 pesakit dalam rawatan rapi, 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 12 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen