Dua peninju Pakistan hilang di Britain selepas Sukan Komanwel


Peninju Pakistan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 Suleman Baloch (kanan) dan Nazeerullah Khan (tiada dalam gambar) dilaporkan hilang daripada perkampungan atlet tanpa mengambil pasport mereka, menurut persatuan tinju Pakistan. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2022.

DUA peninju Pakistan telah hilang di Britain selepas tamat Sukan Komanwel di Birmingham, kata seorang pegawai pasukan kepada media tempatan pada Khamis.

Suleman Baloch dan Nazeerullah Khan gagal hadir untuk berlepas kembali ke negara mereka, kata setiausaha Persekutuan Tinju Pakistan, Nasir Tang.

“Kemudian kami dapat tahu mereka telah tinggalkan perkampungan atlet tanpa ambil pasport daripada kami,” katanya.

Pegawai sukan Pakistan berkata mereka akan menyiasat kehilangan peninju itu dan telah memaklumkan polis Britain.

Juara negara tujuh kali Baloch bertanding dalam kategori welterweight, di mana beliau tewas kepada Shiva Thapa dari India pada pusingan pertama, manakala Khan tewas kepada Lewis Williams dari England pada pusingan 16.

Pakistan menang dua emas, tiga perak dan beberapa pingat gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu. – AFP, 11 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen