Jumlah korban banjir Korea Selatan meningkat kepada 11


Menurut kementerian dalam negeri Korea Selatan, lebih 5,300 orang terpaksa mengosongkan rumah mereka selepas hujan lebat dua hari mengakibatkan banjir yang tidak pernah terjadi sejak 115 tahun lepas. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2022.

ANGKA kematian akibat hujan dan banjir di Korea Selatan telah meningkat kepada 11, kata pegawai pada Khamis, dengan lapan orang lagi masih hilang ketika Seoul bergelut dengan tragedi tersebut.

Hujan lebat selama dua hari telah membanjiri jalan dan stesen kereta api bawah tanah di ibu negara, dengan Presiden Yoon Suk-yeol berkata ia hujan paling lebat sejak 115 tahun lepas.

Imej yang dikongsi di media sosial awal minggu ini menunjukkan orang ramai mengharungi air separas pinggang dan stesen metro yang melimpah, dengan daerah Gangnam yang mewah sangat terjejas.

Daripada 11 yang maut, enam berada di Seoul, tiga di wilayah Gyeonggi dan dua di wilayah Gangwon, menurut data dari kementerian dalam negeri. Tiga daripada lapan yang hilang adalah dari ibu negara.

Lebih 5,300 orang terpaksa mengosongkan rumah mereka, tambah kementerian itu. – AFP, 11 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen