Jepun catat 250,403 kes baharu Covid-19, tertinggi dalam tempoh 24 jam


Jepun catat 250,403 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2022.

JEPUN mencatatkan 250,403 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.

Sebelumnya, 249,800 kes Covid-19 harian baharu dilaporkan pada 3 Ogos, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo.

Seperti kebanyakan negara lain, Jepun kini menghadapi gelombang ketujuh Covid-19 yang dikaitkan dengan penyebaran subvarian Omicron BA.5.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Setakat ini, Jepun mencatatkan lebih 14.88 juta kes Covid-19, dengan lebih 34,000 kematian. – Bernama, 11 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen