Agensi pelancongan Sarawak tak menang tangan layan pelanggan


Desmond Davidson

Persekutuan Pelancongan Sarawak berkata agensi pelancongan kini terpaksa bergelut dalam memenuhi semua permintaan pelancong, dengan jumlah kakitangan terhad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2022.

SELEPAS memberhentikan hampir semua pekerja sejak dua tahun lalu untuk membolehkan perniagaan bertahan, agensi pelancongan Sarawak kita kekurangan staf untuk mengendalikan lambakan pelanggan dan jumlah pelancong yang melonjak pada masa ini, kata Audry Wan Ullok.

Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) itu berkata ahli persatuan itu kini terpaksa bergelut dalam memenuhi semua permintaan pelancong.

“Agensi pelancongan yang sebelum ini tidak beroperasi kini mula menerima terlalu banyak permintaan, dengan ramai terpaksa menjalankan operasi dengan jumlah kakitangan minimum,” katanya.

Industri pelancongan mula kembali pulih hampir sama seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia di mana menyebabkan sempadan negara ditutup.

Seorang lagi pemain industri pelancongan yang enggan dinamakan, berkata ahli persatuan perlu mengambil pekerja baharu dengan cepat untuk memastikan mereka dapat bertahan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Kebanyakan kami dalam keadaan positif yang trend ini akan berterusan, jadi kami mula mengambil pekerja baharu dengan cepat. Buat masa ini kami terpaksa beroperasi dengan jumlah kakitangan sedia ada,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Penutupan sempadan sebelum ini di seluruh dunia menyebabkan operasi dalam industri pelancongan terhenti sepenuhnya. – 12 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen