SIKAP tegas Malaysia terhadap kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mungkin boleh menjejaskan negara secara ekonomi, kata kumpulan persatuan sivil.
Pengasas bersama Justice for Sisters Thilaga Sulathireh berkata Malaysia yang memegang pendirian sebagai negara anti LGBT akan menyebabkan ia kehilangan manfaat secara kewangan bagi tempoh jangka panjang.
“Malaysia mengharamkan filem Lightyear terbitan Disney, dan kemudian filem Thor, dan ada lagi yang lain.
“Tindakan ini benar-benar memberi kesan kepada ekonomi. Sebarang bentuk diskriminasi memang akan ada implikasi kewangan.
“Kita sendiri melihat bagaimana kedudukan Malaysia yang anti LGBT memberi kesan kepada perniagaan,” katanya selepas mendedahkan laporan 71 muka surat bertajuk “I Don’t Want to Change Myself: Anti-LGBT Conversion Practices, Discrimination and Violence in Malaysia”. – 11 Ogos, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen