PAKAR ekonomi terkemuka Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa menggesa negara itu memulangkan semula aset Afghanistan bernilai AS%7bilion yang disimpan dalam Bank Rizab Persekutuan sejak Taliban mengambil alih kerajaan.
“Kami begitu bimbang dengan bencana ekonomi dan kemanusian yang mencengkam di Afghanistan, dan ia antaranya akibat dasar AS.
“Tanpa akes kepada rizab asing, Bank Pusat Afghanistan tidak menjalankan fungsi pentingnya. Ini sekali gus akan meruntuhkan ekonomi Afghanistan,” kata 71 pakar ekonomi dan pembangunan dalam sepucuk surat kepada Presiden AS Joe Biden dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.
Surat itu turut ditandatangani pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Joseph Stiglitz dan bekas menteri kewangan Greece Yanis Varoufakis.
Dalam surat tersebut, pakar ekonomi berkata kemerosotan ekonomi dan pengurangan mendadak bantuan asing kepada Afghanistan sebelum ini selepas pengunduran tentera AS di negara itu telah menyebabkan situasi bertambah meruncing.
“Sebanyak 70% isu rumah Afghanistan tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka.
“Sekitar 22.8 juta orang, iaitu lebih separuh daripada popolasi Afghanistan, menghadapi krisis makanan yang serius, manakala tiga juta kanak-kanak kurang zat makanan,” kata mereka.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan keengganan AS mengembalikan rizab tukaran asing sebanyak AS$7 bilion kepada Bank Pusat Afghanistan, serta AS%2 bilion lagi yang disekat oleh Britain, Jerman dan Emirih Arab Bersatu, menurut surat itu.
“Rizab ini amat penting untuk ekonomi Afghanistan berfungsi semula, khasnya untuk mengurus bekalan wang, menstabilkan wang dan mengimport terutamanya makanan dan minyak yang amat diperlukan negara itu.
“Jika mengikut undang-undang, AS$7 bilion tersebut adalah milik rakyat Afghanistan.
“Membekukan hak mereka menjejaskan pemulihan ekonomi Afghanistan,” kata mereka. – AFP, 11 Ogos, 2022.
Komen