4,200 atlet mulakan saingan Sukan Solidariti Islam di Turkiye 


Seramai 4,200 atlet dari 55 negara dan wilayah bersaing dalam 24 acara di temasya itu, yang berlangsung sehingga 18 Ogos di Konya, Turkiye.– Gambar Facebook, 10 Ogos, 2022.

ATLET Türkiye bermula dengan prestasi membanggakan pada saingan Sukan Solidariti Islam Kelima, yang membuka tirai kejohanannya di Konya pada Selasa, lapor Xinhua.

Alperen Karahan meraih pingat emas dalam acara lontar peluru lelaki dengan lontaran sejauh 20.46 meter dan Emel Dereli memenangi emas wanita dengan lontaran sejauh 17.25 meter.

Necati Er menambah emas dalam acara lompat kijang lelaki dengan jarak 16.73 meter, manakala Yasemin Can meraih tempat pertama dalam acara 10,000m lelaki dengan catatan masa 32 minit 34.33 saat.

Birhanu Balew dari Bahrain menang acara 5,000m lelaki dengan catatan masa 13 minit 51.64 saat, manakala Ali Idow Hassan dari Somalia meraih emas dalam acara 800m lelaki dengan masa 1:49.04.

Sumeyye Boyaci turut menyumbang emas kepada Türkiye dalam acara renang para wanita S4-5 200 meter gaya bebas.

Seramai 4,200 atlet dari 55 negara dan wilayah bersaing dalam 24 acara di temasya itu, yang berlangsung sehingga 18 Ogos.

Sukan Solidariti Islam kali pertama dianjurkan di Arab Saudi pada 2005. – Bernama, 10 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen