MALAYSIA melaporkan 3,083 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan pandemik kepada 4,714,498.
Laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan terdapat 12 kematian semalam, dengan tiga daripadanya disahkan sebagai kematian di luar hospital.
Angka kematian negara kini mencecah 36,044.
Daripada kes baharu itu, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan terbanyak dengan 773 kes, diikuti Selangor (605) dan Sabah (285).
Perak melaporkan 248 kes, Negeri Sembilan (240), Kedah (160), Melaka (130), Sarawak (122), Pulau Pinang (117), Johor (96), Putrajaya (83), Kelantan (80), Terengganu (65) , Pahang (59), Perlis (10) dan Labuan (10).
Sementara itu, daripada 12 kematian yang direkodkan semalam, Melaka dan Perak masing-masing mencatat tiga, Selangor (2), Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Terengganu (semuanya masing-masing satu kematian).
Perak melaporkan dua kes kematian di luar hospital, manakala Melaka mencatatkan satu kes.
Kes aktif menurun kepada 42,717 semalam apabila 4,229 pesakit pulih daripada penyakit itu.
Antara kes aktif, 41,042 (96.1%) berada dalam kuarantin di rumah, 35 (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, dan 1,578 (3.8%) di hospital.
Terdapat 62 pesakit dalam rawatan rapi, 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 10 Ogos, 2022.
Komen