MALAYSIA semalam melaporkan 2,863 kes baharu Covid-19 dan enam kematian, dengan satu daripadanya kematian di luar hospital.
Tiga kes kematian dilaporkan di Perak, dan masing-masing satu kes di Kedah, Sabah dan Selangor, menurut data GitHub.
Selangor melaporkan kes jangkitan tertinggi semalam dengan 900 kes, diikuti Kuala Lumpur (590) dan Sabah (245).
Perak melaporkan 193 kes, Kedah (130), Negeri Sembilan (125), Johor (116), Melaka (115), Pulau Pinang (106), Kelantan (98), Sarawak (69), Putrajaya (68), Terengganu (58), Pahang (42), Perlis (4), dan Labuan (4).
Sebanyak 1,790 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dan 17 daripadanya di unit rawatan rapi dengan 38 memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan. – 9 Ogos, 2022.
Komen