2,728 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Raevathi Supramaniam

Jumlah jangkitan dalam negara kini sebanyak 4.7 juta kes sejak pandemik melanda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Ogos, 2022.

SEBANYAK 2,728 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, turun mendadak berbanding 4,684 kes yang dilapor pada Sabtu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini sebanyak 4.7 juta kes sejak pandemik melanda.

Selangor catat angka harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 749 kes, diikuti Kuala Lumpur (575) dan Sabah (265).

Semalam juga sebanyak enam kematian akibat Covid-19 direkodkan. Dua kematian dilaporkan di Johor, manakala Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Putrajaya masing-masing satu kes.

Ketika ini seramai 1,592 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, menurut data KKM. Daripada jumlah itu, 52 orang ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 36 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 45,770. – 8 Ogos, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen