Konvoi MP Pakistan diserang, 4 maut termasuk adik, anak saudara


Difahamkan beliau cedera parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan. – Gambar Facebook, 7 Ogos, 2022.

EMPAT maut manakala empat lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah konvoi ahli Parlimen di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan lewat malam Sabtu lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Menurut laporan itu penyerang bersenjata menyerang konvoi Ahli Parlimen Liaqat Ali Khan di kawasan Maidan daerah Lower Dir.

Ahli Parlimen itu dilaporkan cedera parah dan dimasukkan ke hospital bersama tiga lagi mangsa.

Mereka yang terbunuh dalam serangan itu termasuk adik lelaki serta anak saudara ahli Parlimen itu.

Polis, anggota keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

Konvoi itu dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kampung sebelum diserang.

Pasukan keselamatan telah memulakan siasatan di kawasan kejadian.

Ketua Menteri Wilayah Mahmood Khan mengutuk serangan itu sambil berkata, “mereka yang terlibat dalam serangan itu akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.”

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab setakat ini. – Bernama, 7 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen