Pakistan kutuk Israel serang Palestin


Semenanjung Gaza yang dibeli rejim zionis Israel semalam disifatkan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif sebagai tindakan keganasan yang biadab dan kejam. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2022.

PERDANA Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Sabtu mengutuk keras serangan udara terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza sebagai “tindakan keganasan.”

Menurut Shehbaz, tindakan Israel itu mencerminkan sikapnya yang biadab dan kejam kerana mensasarkan rakyat Palestin tanpa mempedulikan akibatnya.

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel,” kata Perdana Menteri Pakistan itu.

Israel pada Jumaat membunuh 10 rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dalam serangan peluru berpandu di Semenanjung Gaza, yang digambarkan sebagai sebuah “penjara terbuka” berikutan sekatan Israel.

Taysir Al Jabari, seorang pemimpin kumpulan Jihad Islam, adalah antara yang terbunuh. – Bernama, 6 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen