Israel tahan 19 pejuang Jihad Islam Palestin di Tebing Barat


Kereta kebal Mercava Israel dirakamkan di sempadan Israel-Gaza semalam yang dilaporkan melnancarkan serangan udara ke atas Gaza hari ini. – Gambar AFP, 6 Ogos, 2022.

TENTERA Israel mengumumkan penahanan 19 pejuang Jihad Islam Palestin pada Sabtu di Tebing Barat sambil melancarkan serangan terhadap sasaran mereka di Gaza.

Dalam satu kenyataan itu, tentera Israel berkata tentera dan ejen daripada agensi keselamatan dalaman Shin Bet telah menjalankan operasi di beberapa lokasi di Tebing Barat ‘untuk menangkap pengganas Jihad Islam’.

“Daripada 20 orang yang ditahan, 19 adalah pejuang Jihad Islam,” katanya.

Semalam sekurang-kurangnya tujuh terbunuh termasuk komander kanan kumpulan terbabit, Tayseer al-Jaabari dalam serangan udara Israel yang dilaporkan mengenai beberapa sasaran di sekitar kawasan semenanjung yang padat dengan penduduk.

Serangan itu menyusul beberapa hari selepas ketegangan kian memuncak berikutan penahanan pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Bassam al-Saadi dalam serbuan di Tebing Barat awal minggu ini.

Jihad Islam merupakan gerakan Islam yang kuat di Gaza dan Tebing Barat dan Israel bertegas gerakan ini sebagai militan di Gaza yang merancang untuk menyerang selatan Israel atas penahahanan Bassem al-Saadi.

Kelmarin tentera Israel menghantar pasukan tambahan ke kawasan sekitar Semenanjung Gaza sebagai langkah bersiap sedia kemungkinan berlakunya serangan. – AFP,  6 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen