Pekerja ekonomi gig bakal bertemu menteri pengangkutan


Noel Achariam Elill Easwaran

Penunggang berkumpul di ibu pejabat Grab di Petaling Jaya semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Kamal, 6 Ogos, 2022.

DUA persatuan dari ekonomi gig akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong untuk menyuarakan rungutan dan dakwaan layanan tidak adil berkait pendapatan mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia Abdul Hakim Abdul Rani berkata pada pertemuan dengan Wee pada Isnin pihaknya akan membangkitkan isu struktur tambang, kebajikan dan keselamatan penunggang serta pemandu.

Beliau juga memberitahu pihaknya mahu diiktiraf sebagai pekerja yang layak menerima KWSP dan Perkeso.

Katanya mereka mahu kerajaan menubuhkan badan untuk mengawal selia bagi menangani isu antara penyedia perkhidmatan dengan pekerja mengenai gaji, komisyen, sistem kerja dan jarak perjalanan yang betul

“Kami tuntut perlindungan untuk pekerja. Kebajikan mereka penting. Kami kami cadangkan ekonomi gig ini diiktiraf sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955.

“Kami mahu kestabilan tambang kekal dan cadangan kami untuk 5km pertama kami dibayar RM5 dan 80 sen untuk setiap kilometer berikutnya,” katanya.

Semalam penghantar makanan memboikot servis itu selama 24 jam atas ‘kadar pembayaran yang tidak adil’ dan mereka berkumpul di ibu pejabat Grab di Petaling Jaya.

Sementara Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia Azril Ahmat berkata tujuan mereka membuat bantahan tersebut semalam bagi menghantar mesej bahawa wang yang diperoleh daripada App itu tidak setara dengan kerja yang dilakukan.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen