KKM lapor 3,927 kes baharu Covid-19


Raevathi Supramaniam

Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 kini berjumlah 44,843 dengan 36,009 kematian setakat ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2022.

MALAYSIA melaporkan 3,927 jangkitan baharu Covid-19 semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow kementerian menunjukkan terdapat enam kematian, dengan tiga daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 kini berjumlah 44,843 dengan 36,009 kematian setakat ini.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,052 kes, diikuti Kuala Lumpur (981) dan Perak (324).

Sabah melaporkan 315 kes, Pulau Pinang (232), Negeri Sembilan (231), Johor (128), Kedah (121), Melaka (155), Sarawak (99), Putrajaya (96), Pahang (93), Kelantan (49) , Terengganu (32), Perlis (12) dan Labuan (7).

Pangkalan data GitHub menunjukkan dua kematian di Kedah dan Negeri Sembilan, manakala Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kematian.

Pada masa ini terdapat 1,587 kemasukan ke hospital Covid-19 dengan 14 orang di unit rawatan rapi, manakala 38 berada memerlukan bantuan pernafasan. – 6 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen