Bank pusat India naik kadar faedah untuk tangani inflasi


Jawatankuasa Dasar Monetari India sepakat memutuskan untuk meningkatkan kadar repo dasar sebanyak 50 mata asas kepada 5.4%. – Gambar AFP, 6 Ogos, 2022.

BANK pusat India menaikkan kadar faedah penanda arasnya buat kali ketiga sejak Mei bertujuan menangani tekanan inflasi yang sebahagiannya berpunca daripada faktor geopolitik luaran.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) sepakat memutuskan untuk meningkatkan kadar repo dasar sebanyak 50 mata asas kepada 5.4%, menurut Bank Rizab India (RBI) pada Jumaat.

Inflasi diunjurkan pada 6.7% untuk tahun fiskal 2022-23, dengan unjuran bagi suku Julai-September berada pada 7.1%.

Gabenor RBI Shaktikanta Das dalam satu kenyataan berkata Jun merupakan bulan keenam berturut-turut menyaksikan inflasi melebihi paras toleransi atas RBI iaitu 6%.

“Melihat ke hadapan, pergerakan inflasi terus bergantung kepada perkembangan geopolitik yang berkembang, dinamik pasaran komoditi antarabangsa, perkembangan pasaran kewangan global dan keadaan taburan dan waktu monsun barat daya,” katanya.

Das berkata MPC menjangkakan pengeluaran tambahan yang ditentukan oleh akomodasi monetari adalah wajar untuk memastikan jangkaan inflasi dan mengawal kesan pusingan kedua. – Bernama, 6 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen