Perbelanjaan isi rumah Jepun meningkat pada Jun


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun melaporkan buat kali pertama dalam tempoh empat bulan perbelanjaan isi rumah di Jepun meningkat 3.5% berbanding tahun sebelumnya. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2022.

PERBELANJAAN isi rumah di Jepun meningkat pada Jun, kali pertama dalam tempoh empat bulan, menurut laporan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi pada Jumaat.

Berdasarkan laporan itu perbelanjaan isi rumah meningkat 3.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, purata perbelanjaan isi rumah dengan dua atau lebih orang berjumlah 276,885 yen (AS$2,070) pada Jun.

Mengambil kira lebih separuh daripada keluaran dalam negara kasar Jepun, perbelanjaan isi rumah merupakan pengukur utama penggunaan peribadi, lapor Xinhua. – Bernama, 5 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen