KKM lapor 8 kematian, 4,413 jangkitan baharu kes Covid-19


Ravin Palanisamy

Malaysia mencatatkan 4,413 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif sejak permulaan pandemik kepada 4,697,213. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2022.

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Malaysia melepasi angka 36,000 apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lapan kematian semalam, separuh daripadanya diisytiharkan sebagai kematian di luar hospital.

Ia menjadikan jumlah kematian negara kepada 36,003, dengan 7,651 daripadanya melibatkan kematian di luar hospital.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan 4,413 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif sejak permulaan pandemik kepada 4,697,213.

Menurut repositori data mentah GitHub kementerian, Kuala Lumpur melaporkan jumlah jangkitan paling banyak semalam dengan 1,344 kes, diikuti Selangor (1,129) dan Perak (327).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Sabah (281), Negeri Sembilan (263), Pulau Pinang (230), Melaka (159), Kedah (123), Sarawak (107), Johor (95), Kelantan (93), Putrajaya (90), Pahang (89), Terengganu (48), Perlis (21) dan Labuan (14).

Daripada lapan kematian baharu yang dilaporkan, Johor dan Kedah masing-masing mencatatkan dua, manakala Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kematian.

Ia termasuklah masing-masing satu kematian di luar hospital yang dilaporkan di Kedah, Negeri Sembilan dan Perak.

Kes aktif meningkat kepada 47,534 semalam apabila 3,394 orang pulih daripada penyakit itu.

Daripada kes aktif, 45,928 (96.6%) menjalani kuarantin di rumah, 23 (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, dan 1,531 (3.3%) di hospital.

Terdapat 52 pesakit dalam unit rawatan rapi, 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 5 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen