LGBT: Singapura ingatkan perniagaan asing supaya berhati-hati


Kementerian Dalam Negeri Singapura mengingatkan perniagaan asing supaya berhati-hati dengan isu yang memecahbelahkan masyarakat terutamanya isu LGBT. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2022.

SINGAPURA hari ini mengingatkan perniagaan asing meskipun mereka bebas mempromosikan kepelbagaian budaya dalam syarikat, namun mereka perlu berhati-hati mengenai isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Ia adalah suatu isu yang hanya boleh bincangkan oleh rakyat Singapura dan sudahpun mencapai kata sepakat bagaimana untuk bergerak ke hadapan,” menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawangnya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons terhadap pertanyaan media mengenai gesaan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi agar komuniti perniagaan Singapura menyokong golongan  LGBT di republik itu memandangkan banyak perniagaan Amerika membuka pejabat di republik itu. – Bernama, 4 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen