9 terperangkap, lombong arang batu runtuh di Mexico


Sembilan pelombong dikhuatiri terperangkap selepas lombong arang batu di Coahuila utara Mexico runtuh. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA sembilan pelombong dikhuatiri terperangkap selepas lombong arang batu di Coahuila utara Mexico runtuh, lapor Xinhua, memetik Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

“Runtuhan lombong arang batu di bandar Sabinas mungkin disebabkan banjir, hingga mengakibatkan pelombong terperangkap.

“Kami berharap dapat menjumpai mereka dalam keadaan selamat,” ciap Lopez Obrador di Twitter.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi berkenaan dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. – Bernama, 4 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen