SEBUAH kumpulan persatuan sivil mempertikaikan mengapa Pejabat Peguam Negara (AGC) melengah-lengahkan dalam mendakwa seorang pendakwah Islam yang mengecam orang Islam membersihkan rumah ibadat agama lain susulan kejadian banjir yang melanda negara ini, tahun lalu.
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Global S Shashi Kumar mendakwa AGC jelas mengamalkan pilih kasih, terutama terhadap bukan Islam, menerusi kelewatan keputusannya terhadap penceramah itu, Idris Sulaiman.
“Adakah AGC masih menyemak kes ini? Kami buat laporan polis pada 15 Januari di ibu pejabat polis daerah Sentul. Sudah hampir 200 hari sejak itu tetapi AGC masih melengah-lengahkannya,” kata Shashi kepada The Malaysian Insight,” kata Shashi kepada The Malaysian Insight.
Kenyataan Shashi dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapan bertulis Parlimen berkata AGC masih memutuskan sama ada terdapat cukup bukti untuk mendakwa pendakwah itu.
“Ia sedang dikaji sebelum arahan lanjut boleh diberikan oleh AGC sama ada bukti yang ada menepati unsur kesalahan di bawah undang-undang atau sebaliknya,” kata Junaidi dalam jawapan bertulisnya, menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa. – 4 Ogos, 2022.
Berita penuh di sini
Komen