KKM lapor 5,330 kes baharu Covid-19, 10 kematian


Ravin Palanisamy

Jumlah jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.69 juta kes sejak pandemik melanda, menurut data KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2022.

SEBANYAK 5,330 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, lebih 1,000 kes berbanding 4,204 yang dilapor pada Selasa, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.69 juta kes sejak pandemik melanda.

Selangor dan Kuala Lumpur catat kes harian empat semalam iaitu masing-masing 2,054 dan 1,449 kes.

Semalam juga sebanyak 10 kematian akibat Covid-19 direkodkan, dengan satu daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 35,995 orang, menurut data KKM.

Kematian dilaporkan masing-masing tiga kes di Selangor dan Perak; manakala Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing satu kes. Kes BID direkodkan di Johor.

Jumlah kes aktif semalam pula 46,523, manakala seramai 3,075 pesakit dilaporkan sembuh.

Sebanyak 1,560 kes kini dirawat di hospital dengan 49 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi. Seramai 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 4 Ogos, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen