KKM lapor 4,204 kes baharu Covid-19, 8 kematian


Raevathi Supramaniam

Menurut data KKM jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.687 juta kes sejak pandemik melanda.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2022.

SEBANYAK 4,204 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 3,213  yang dilapor pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4.687 juta kes sejak pandemik melanda.

Selangor catat angka harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,526 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,080) dan Sabah (272).

Semalam juga sebanyak lapan kematian akibat Covid-19 direkodkan, dengan dua daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 35,985 orang, menurut data KKM.

Kematian dilaporkan masing-masing dua kes di Melaka, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala satu kes masing-masing di Selangor dan Terengganu.

Jumlah kes aktif pula ialah 44,278.

Sementara itu, sebanyak 1,537 kes kini dirawat di hospital dengan 56 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi. Seramai 36 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 3 Ogos, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen