AS akan terima padah jika Pelosi lawat Taiwan, kata China


Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi di Parlimen Malaysia hari ini, persinggahan keduanya dalam jelajah Asia yang telah mencetuskan kemarahan Beijing selepas laporan mengenai potensi lawatannya ke Taiwan. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2022.

CHINA pada Selasa memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan “membayar harga” jika Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi melawat Taiwan semasa lawatannya ke Asia.

Pelosi di Malaysia pada Selasa, persinggahan kedua dalam jelajah yang telah mencetuskan kemarahan Beijing selepas laporan mengenai kemungkinan lawatannya ke Taipei.

China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan telah menyatakan berulang kali yang lawatan Pelosi akan dianggap sebagai provokasi besar.

“Pihak AS akan memikul tanggungjawab dan membayar harga kerana menjejaskan kepentingan keselamatan kedaulatan China,” kata jurucakap kementerian luar negara Hua Chunying pada sidang media di Beijing.

Pegawai Amerika sering membuat lawatan berhati-hati ke Taiwan untuk menunjukkan sokongan, tetapi Pelosi akan menjadi pelawat berprofil lebih tinggi.

Laporan mengenai rancangannya telah menyebabkan ketegangan AS-China meningkat.

Dalam panggilan telefon dengan Presiden AS Joe Biden minggu lalu, Presiden China Xi Jinping memberi amaran kepada supaya tidak “bermain api” terhadap Taiwan.

Malah duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Hun, berkata pada Isnin lawatan sedemikian “sangat berbahaya, sangat provokatif”. – AFP, 2 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen