3,213 kes baharu Covid-19


Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi Covid-19 dengan 1,006 kes, diikuti Selangor (865) dan Sabah (241).– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Ogos, 2022.

MALAYSIA merekodkan 3,213 kes baharu Covid-19 semalam, lapor kementerian kesihatan.

Laman web CovidNow turut merekodkan lapan kematian, yang mana dua daripadanya adalah kematian luar hospital.

Jumlah kes aktif kini 44,664, manakala jumlah keseluruhan kes kematian adalah 35,977.

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,006 kes, diikuti Selangor (865) dan Sabah (241).

Perak melaporkan 224 kes, Pulau Pinang (171) Negeri Sembilan (153), Kedah (130), Johor (114), Melaka (90), Putrajaya (59), Sarawak (52), Pahang (34), Terengganu (23), Perlis (enam) dan Labuan (tiga).

Pangkalan data GitHub menunjukkan tiga kematian dilaporkan di Perak, dua di Johor manakala satu kematian masing-masing dilaporkan di Kedah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Setakat ini, 1,510 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 21 orang di unit rawatan rapi, manakala 33 orang memerlukan alat bantaun pernafasan. – 2 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen