Menjelang PRU14, pemimpin Pakatan beragama Islam difitnah dengan babi 


Looi Sue-Chern

Pemimpin parlimen pembangkang DAP Lim Kit Siang menunjukkan gambar didakwa sebagai Rara sedang memotong hidangan babi yang tersebar di media sosial pada sidang media yang diadakan di Pulau Pinang hari ini.– Gambar The Malaysian Insight, 23 Februari, 2018.

PEMIMPIN parti dalam Pakatan Harapan beragama Islam kini dikaitkan dengan hidangan babi pada Tahun Baharu Cina ini. 

Semalam, pemimpin DAP Kedah membuat laporan polis berhubung satu gambar yang memaparkan hidangan daging babi di atas meja yang mana timbalan presiden Bersatu Mukhriz Mahathir dan presiden Amanah Mohamad Sabu sedang makan. 

Hari ini, pemimpin parlimen pembangkang DAP Lim Kit Siang mendedahkan satu lagi kes yang sama. Kali ini pemimpin sayap Wanita DAP Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara pula yang menjadi mangsa. 

Dalam satu posting di Facebook, nama Rara dikaitkan sedangkan beliau tidak pernah hadir pada majlis yang menunjukkan beberapa individu sedang memotong hidangan babi. 

“(Rara) menjadi sasaran cybertrooper dan dituduh menyertai jamuan Cina untuk memotong hidangan babi sedangkan dia langsung tiada dalam foto atau pada majlis berkenaan. 

“Ia merupakan majlis PKR. Dalam foto berkenaan ialah exco Selangor Elizabeth Wong, wakil PKR Selangor Chua Yee Ling dan ahli Majlis Selayang Fok Wai Mun yang juga dari PKR. 

“Rara tiada pada majlis itu tetapi beliau difitnah. Malah Fok juga dikenali secara salah sebagai suaminya,” katanya pada satu sidang media di Pulau Pinang hari ini. 

Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pembohongan, berita palsu dan maklumat tidak benar perlu dikutuk; menuduh Barisan Nasional dan Umno menggunakannya sebagai senjata untuk pilihan raya umum akan datang. 

Beliau juga berkata, strategis dan propagandis Umno dan BN mahu menjadikan berita palsu sebagai senjata dengan undang-undang baru yang digubal untuk membanteras berita palsu. 

“Tujuan sebenarnya adalah untuk menganggu dan menghukum pemimpin PH dan penyokongnya berhubung tuduhan palsu sementara pemimpin Umno dan BN serta penyokongnya kebal untuk berita palsu yang mereka sebarkan terhadap PH. 

“Saya perlu persoalkan Jawatankuasa Azalina berhubung berita palsu merupakan strategi baru Umno dan BN untuk menuduh dan mendakwa PH dengan berita palsu, menutup berita palsu cybertrooper Umno dan BN cuba sebarkan menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Kerajaan persekutuan bulan lalu menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mendraf undang-undang baru bagi mengekang berita palsu. 

Azalina Othman Said yang merupakan menteri undang-undang, dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan mendapatkan pandangan pakar berhubung media, isu perlembagaan dan internet. 

Beliau turut berkata adalah tidak adil untuk semua pihak menghukum cadangan undang-undang berita pasu sebelum usul itu dibentangkan. – 23 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • keputusan kerajaan persekutuan utk tubuhkan satu jawatankuasa khas draf undang2 baru bagi mengekang berita palsu bkn sahaja utk melindungi hak mereka yg berada dlm kerajaan/BN tapi juga merangkumi seluruh rakyat malaysia. jadi pembangkang tak perlu buat tohmahan mengarut

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan