Peru lapor kematian pertama kes cacar monyet


Peru lapor kematian pertama pesakit dijangkiti cacar monyet, dengan lebih 300 kes dilaporkan di negara itu setakat ini. – Gambar fail EPA, 2 Ogos, 2020.

PERU semalam melaporkan kematian pertama pesakit dijangkiti cacar monyet, dengan lebih 300 kes dilaporkan di negara itu setakat ini, kata pihak berkuasa.

Pesakit terbabit datang ke hospital dalam keadaan dijangkiti cacar monyet dan tahap kesihatan sangat lemah selepas tidak menjalani rawatan untuk HIV/Aids, kata pengarah hospital Dos de Mayo di Lima, Eduardo Farfan.

Pesakit berusia 45 tahun itu meninggal dunia kerana sistem imunisasi yang lemah, katanya.

Dia dimasukkan ke hospital kerana jangkitan cacar monyet yang teruk dan komplikasi lain.

Menurut WHO, lebih 18,000 kes cacar monyet dikesan di seluruh dunia di luar Afrika sejak awal Mei, dengan kebanyakan di Eropah. – AFP, 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen