SPEAKER Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi akan bertemu dengan Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa lawatannya ke negara itu, lapor Sputnik, memetik laporan media.
Dewan Perniagaan Amerika di Singapura (AmCham SG) pada Ahad mengumumkan Pelosi dijadual berucap pada acaranya di Singapura hari ini.

Pada Ahad, Channel News Asia yang memetik Kementerian Luar Singapura, melaporkan bahawa Pelosi akan mengadakan lawatan dua hari ke Singapura mulai Isnin dan akan bertemu dengan presiden dan perdana menteri negara itu, serta anggota Kabinet.
Pelosi dan delegasi kongres AS juga akan melawat Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan ke Asia. – Bernama, 1 Ogos, 2022.
Komen