Saya gembira kembali ke United, kata Ronaldo


Cristiano Ronaldo bermain 45 minit ketika dia membuat penampilan pertama bersama Manchester United dalam 12 minggu ketika seri 1-1 pada pra musim menentang Rayo Vallecano di Old Trafford. – Gambar AFP, 1 Ogos, 2022.

CRISTIANO Ronaldo bermain 45 minit ketika dia membuat penampilan pertama bersama Manchester United dalam 12 minggu ketika seri 1-1 pada pra musim menentang Rayo Vallecano di Old Trafford dan kemudian berkata: “Saya gembira dapat kembali ke sini.”

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu yang tidak menyertai aksi pramusim kelabnya ke Thailand dan Australia kerana sebab peribadi, dilaporkan mahu meninggalkan kelab disertainya tahun lalu itu.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu menanamatkan musim sebagai penjaring terbanyak United musim lalu dengan 24 gol.

Namun kempen itu secara keseluruhan adalah kekecewaan besar buat kelab berkenaan dengan kedudukan tangga keenam dalam Liga Perdana bermakna mereka terlepas saingan ke Liga Juara-Juara.

Ronaldo juga tidak bersama skuad United dalam aksi persahabatan berdepan Atletico Madrid di Oslo kelmarin.

Bagaimanapun menjawab komen penyokong mengenai dirinya yang tidak beraksi di Norway, Ronaldo berkata Jumaat lalu: “Domingo o rei joga” yang bermaksud “Ahad raja akan bermain.”

Ronaldo menyambut kehadiran kedua-dua penyokong ketika mengetuai pasukan hari ini.

Pengurus United yang baharu, Erik ten Hag memberitahu laman web kelab: “Ia gabungan antara pemain berpengalaman dan remaja (hari ini).

“Anda melihat perwatakan yang sangat hebat, semangat untuk bekerjasama. Mereka bertarung dan bekerja untuk satu sama lain. Itu petanda positif.”

Pemain baharu, Christian Eriksen dan Lisandro Martinez masing-masing beraksi selama sejam dalam perlawanan dirancang Ten Hag buat pemain yang tidak diberi peluang ketika tewas 1-0 di tangan Atletico pada Sabtu. – AFP, 1 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen