SEMBILAN terkorban dan dibimbangi ramai lagi mangsa maut akibat banjir di bandar Mbale, timur Uganda selepas dua sungai melimpah, menyebabkan berlakunya kemusnahan, kata pihak berkuasa.
Polis dan tentera dikerah membantu dalam operasi mencari dan menyelamat di Mbale, di mana penduduk terkandas dan tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka yang dihanyutkan air bah.
Pesuruhjaya Penduduk Mbale City Ahamada Waashaki berkata sembilan mayat ditemui setakat ini, termasuk seorang anggota tentera.
“Masih ramai yang hilang dan dibimbangi maut.
“Kemusnahan teruk berlaku, jalan terputus, bangunan tenggelam susulan hujan lebat sejak malam semalam hingga pagi ini,” katanya.
Beliau berkata keadaan semakin teruk selepas air sungai Nabuyonga dan Namatala melimpah, menyebabkan banjir kilat di kebanyakan kawasan di bandar itu.
Perdana Menteri Robinah Nabbanja melawat ke tempat kejadian. Mbale terletak kira-kira 300km di barat daya ibu kota Kampala. – AFP, 1 Ogos, 2022.
Komen