Presiden Guatemala terselamat dalam serangan bersenjata


Alejandro Giammattei terselamat namun difahamkan ada yang cedera dalam kejadian itu. – Gambar AFP, 31 Julai, 2022.

PRESIDEN Guatemala Alejandro Giammattei terselamat selepas penyerang bersenjata melepas tembakan ke arah konvoinya dalam kejadian yang berlaku di bandar Huehuetenango, lapor Agensi Anadolu yang memetik media tempatan pada Ahad.

Beberapa individu turut cedera dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu kata pegawai.

Berlaku pertempuran antara pengiring tentera yang mengawal rombongan presiden dan penyerang.

Siasatan terperinci dilancarkan bagi mengenal pasti dalang kejadian itu. – Bernama, 31 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen