125 cedera tunjuk perasaan di Iraq


Penyokong ulama terkenal Syiah Muqtada al-Sadr menyerbu bangunan Parlimen sebagai protes terhadap pencalonan perdana menteri baharu oleh parti Syiah yang pro-Iran. – Gambar AFP, 31 Julai, 2022.

SEKURANG-kurangnya 125 orang cedera pada Sabtu dalam pertempuran yang jarang berlaku antara penyokong ulama terkenal Syiah Muqtada al-Sadr dan pasukan keselamatan Iraq.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa 100 penunjuk perasaan cedera ketika bertempur dengan pasukan keselamatan di Parlimen.

Seramai 25 anggota tentera turut cedera, lapor Agensi Anadolu.

Susulan percanggahan pandangan politik menyebabkan sehingga kini kerajaan baharu Iraq masih gagal dibentuk sejak pilihan raya awal diadakan Oktober lalu.

Pada 25 Julai, pakatan Rangka Kerja Penyelarasan memilih Mohammed Shia’ al-Sudan, 52, sebagai calon untuk mengetuai kerajaan, sebagai usaha untuk menamatkan krisis yang telah berlarutan selama lapan bulan.

Pencalonan al-Sudani mencetuskan perpecahan kerana penunjuk perasaan dan gerakan Syiah Sadrist mahu tokoh yang dicalonkan adalah dalam kalangan mereka yang tidak pernah terlibat dengan kerajaan. – Bernama, 31 Julai, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen