RATUSAN anggota bomba dikerah memadamkan api di kawasan hutan di timur Jerman semalam, di mana kebakaran masih berlaku berikutan gelombang panas.
Sebanyak 13 helikopter membawa air turut serta bagi membantu 350 anggota bomba yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan hutan seluas 150 hektar di Taman Negara Saxon Switzerland.
Empat anggota bomba mengalami kecederaan ringan, kata pihak berkuasa.
Hujan semalam masih tidak cukup untuk memadamkan api.
Kebakaran bermula pada Ahad minggu lalu di kawasan Republik Czech sebelum merebak ke Jerman.
Kebakaran di selatan Brandenburg kini dapat dikawal, kata pihak berkuasa.
Sebanyak 700 penduduk dipindahkan awal minggu ini.
Saintis berkata perubahan iklim menyebabkan gelombang panas di seluruh dunia semakin kerap berlaku, meningkatkan risiko kebakaran. – AFP, 31 Julai, 2022.
Komen