Macau buka semula pantai, tetapi tak benar renang dan sukan air


Macau dilanda gelombang wabak Covid-19 pada pertengahan Jun lalu, memaksa pengurungan bandar selama dua minggu. – Gambar AFP, 30 Julai, 2022.

PENGUNJUNG pantai di Macau kecewa apabila hab perjudian China itu membuka semula dua pantainya hari ini, aktiviti renang dan sukan air masih lagi tidak dibenarkan disebabkan kebimbangan coronavirus.

Bandar itu perlahan-lahan kembali pulih daripada penularan meluas virus yang memaksa kasino dan perniagaan ditutup hampir dua minggu, awal bulan ini.

Suhu panas mencecah 34 darjah Celsius pada Sabtu menyebabkan penduduk Macau berpusu-pusu melawat pantai tetapi mereka hanya dibenarkan “memasuki pantai untuk berehat” kerana semua aktiviti sukan air termasuk renang dan mandi-manda masih lagi tidak dibenarkan.

Pengunjung pantai juga “perlu setiap masa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, mengelak himpunan khalayak dan senaman berlebihan”, kata kerajaan.

Pada Rabu lepas, bandar itu melaporkan tiada kes baharu sejak wabak kembali meledak pada pertengahan Jun lalun dengan lebih 1,800 kes dilaporkan.

Seorang pengunjung pantai yang tidak mematuhi arahan didenda AS$370 minggu lepas.

Macau mengikuti dasar sifar Covid China yang mahu mengekang wabak dengan sekatan terlampau ketat, kawalan sempadan dan penjarakan sosial. – AFP, 30 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen